Wednesday 1 July 2015

Tutorial: Potret Digital Vector Art

Tutorial kali ini adalah bagaimana untuk melukis potret digital vector. Berikut adalah perbandingan sebelum dan selepas proses.

Sebelum

Selepas

Kali ini aplikasi yang digunakan adalah Paint Tool SAI. Ada juga beberapa tutoria di internet yang menggunakan Adobe Photoshop dan juga Adobe Illustrator.

1. Buka aplikasi anda dan pilih gambar yang anda mahu.


2. Klik pada ikon 'New vector layer'.


3. Kemudian pilih 'Curve Tool'.


4. Lukis semula gambar yang anda pilih tadi.


5. Lukisan anda akan kelihatan lebih kurang begini.


6. Aktifkan Layer 1, kemudian setkan 'Layer opacity' kepada 0, atau anda juga boleh 'Delete' layer ini.


7. Klik pada ikon 'New Layer'.


8. Aktifkan 'Vector Layer' Anda. Kemudia pilih 'Merge Down'.


9. Kemudian pilih 'Duplicate Layer'.


10. Kemudian mulakan mewarna dengan menggunakan 'Bucket Tool'.



Siap!


Tips: Untuk tampak lebih kemas, tambah kesan bayang-bayang.

Saturday 27 June 2015

Tutorial: Potret Digital Low-Poly

Kali ini kami kongsikan bagaimana mengubah potret anda menjadi potret low-poly. Berikut merupakan perbandingan sebelum dan selepas proses.

Sebelum
Selepas
Untuk proses ini, seperti biasa aplikasi yang diperlukan ialah Adobe Photoshop CS6. Proses ini juga boleh dilakukan menggunakan Adobe Illustrator tetapi ada sedikit perbezaan pada langkah-langkahnya.

1. Buka aplikasi Adobe Photoshop anda dan buka gambar yang anda mahu. (File > Open).


2. Paparkan 'Grid'. (View > Show > Grid). Anda juga boleh ubah saiz, jumlah dan warna grid anda. (Edit > Preference > Guides, Grid & Slices...).



4. Kemudian besarkan paparan anda supaya mudah untuk proses seterusnya. Pilih 'Polygonal Lasso Tool' dan buat bentuk segitiga. Segitiga hendaklah dibuat pada kawasan yang bertona sama sahaja.


5. Kemudian tukarkan kawasan segitiga tadi menjadi 'Average'. (Filter > Blur >Average).


6. Berikut adalah hasilnya.


7. Ulang proses 4, 5 dan 6 sehingga semua kawasan gambar menjadi 'Average'. Untuk langkah 5, anda boleh menggunakan Shortcut (PC: Ctrl + F, Mac: Cmd + F).


Tips: Untuk hasil yang lebih memuaskan, kecilkan bentuk segitiga anda.

8. Dan siap!



Thursday 25 June 2015

ZINE LO #7: 22


Masih ingat Zine LO #2: Kombinasi Imaginasi? Kini Zine terbaharu karya pelukis yang sama iaitu Sanisha Bogaraja dan Muzammil Rahim sudah diterbitkan baru-baru ini.

Zine 22 merupakan zine kedua karya Sanisha dan Muzammil. Zine ini terdapat sedikit perbezaan dengan zine Kombinasi Imaginasi. Nak tahu apa dia? Kenalah beli. He he he.

Seperti biasa zine ini boleh dibeli melalui pelukisnya sendiri, atau terus melalui laman Katalog Oakheart.

Selamat membaca!

Tuesday 3 February 2015

Tutorial: Kesan Lakaran Pensel Menggunakan Photoshop

Hari ini kami ingin berkongsi cara mudah untuk menukarkan gambar potret, pemandangan atau apa sahaja jenis gambar menjadi lakaran pensel. Berikut merupakan perbandingan sebelum dan selepas proses.

                   
Sebelum
Selepas

Untuk proses ini aplikasi yang diperlukan ialah Adobe Photoshop CS6. Aplikasi Adobe Photoshop versi lama juga boleh digunakan cuma terdapat sedikit perbezaan pada susun atur menu.

1. Buka aplikasi Adobe Photoshop anda dan buka gambar yang anda mahu. (File > Open).


2. Pada Layer Background, klik kanan pada tetikus anda, dan pilih 'Duplicate Layer' (PC: Ctrl + J, Mac: Cmd + J) bagi memudahkan kerja apabila berlaku kesilapan ketika sesi mengedit. Namakan layer tadi sebagai Layer 1.


3. Klik Layer 1 untuk mengaktifkannya. Kemudian klik butang 'Create new fill or adjustment layer' di bahagian bawah sebelah kanan aplikasi anda (rujuk gambar) dan pilih 'Hue/Saturation'.


4. Alihkan bar 'Saturation' ke arah kiri sehingga -100.


5. Klik Layer 1 untuk mengaktifkannya. Tukar 'Blending Mode' kepada 'Color Dodge'.



6. Kemudian, tukar Layer 1 anda menjadi imej negatif. (Image > Adjustments > Invert)/(PC: Ctrl + I, Mac: Cmd + I).


7. Pilih 'Gaussian Blur'. (Filter > Blur > Gaussian Blur).


8. Ubah radius sehingga imej hampir menjadi kesan pensil dan klik 'OK'.


9. Kemudian, untuk menambah kepekatan gambar, pergi ke butang 'Create new fill or adjustment layer' dan pilih 'Levels'.


10. Alihkan sedikit penanda berwarna hitam ke arah kanan.


11. Jika ada bahagian yang anda ingin kurangkan kepekatan warnanya, pilih 'Brush Tool' dan setkan saiz: 400 px dan opacity: 40%. Gosok pada tempat yang anda ingin kurangkan kepekatan warnanya.


12. Untuk padamkan beberapa kawasan pada gambar, tekan PC: Shift + Ctrl + Alt + E, Mac: Shift + Cmd + Opt + E supaya imej terkini muncul pada layer baru, Layer 2. Kemudian klik pada 'Switch Foreground and Background colours' atau tekan 'X'. Setkan saiz: 50 px dan opacity: 100%. Gosokkan pada tempat yang anda tidak mahu.


13. Siap!


Contoh lain:



Monday 2 February 2015

ZINE LO #2: KOMBINASI IMAGINASI


Sudah beli Kombinasi Imaginasi? Yang sudah, kalian memang terbaik! Yang masih belum, boleh segera dapatkan di Legasi Oakheart.

Kombinasi Imaginasi merupakan zine yang mengandungi koleksi doodle hasil tangan dua ahli Komrad Seni; Sanisha Bogaraja dan Muzammil Rahim. Bagi peminat mahupun pengumpul doodle, Kombinasi Imaginasi merupakan naskhah wajib milik dan yang ingin mencari inspirasi atau idea, zine ini merupakan pilihan terbaik kerana setiap karya disertakan dengan kata-kata yang pastinya akan menginspirasikan kalian.

Nota: Untuk dapatkan Kombinasi Imaginasi atau buku-buku lain yang boleh didapati di Legasi Oakheart, boleh terus ke laman Katalog Oakheart