Tuesday 3 February 2015

Tutorial: Kesan Lakaran Pensel Menggunakan Photoshop

Hari ini kami ingin berkongsi cara mudah untuk menukarkan gambar potret, pemandangan atau apa sahaja jenis gambar menjadi lakaran pensel. Berikut merupakan perbandingan sebelum dan selepas proses.

                   
Sebelum
Selepas

Untuk proses ini aplikasi yang diperlukan ialah Adobe Photoshop CS6. Aplikasi Adobe Photoshop versi lama juga boleh digunakan cuma terdapat sedikit perbezaan pada susun atur menu.

1. Buka aplikasi Adobe Photoshop anda dan buka gambar yang anda mahu. (File > Open).


2. Pada Layer Background, klik kanan pada tetikus anda, dan pilih 'Duplicate Layer' (PC: Ctrl + J, Mac: Cmd + J) bagi memudahkan kerja apabila berlaku kesilapan ketika sesi mengedit. Namakan layer tadi sebagai Layer 1.


3. Klik Layer 1 untuk mengaktifkannya. Kemudian klik butang 'Create new fill or adjustment layer' di bahagian bawah sebelah kanan aplikasi anda (rujuk gambar) dan pilih 'Hue/Saturation'.


4. Alihkan bar 'Saturation' ke arah kiri sehingga -100.


5. Klik Layer 1 untuk mengaktifkannya. Tukar 'Blending Mode' kepada 'Color Dodge'.



6. Kemudian, tukar Layer 1 anda menjadi imej negatif. (Image > Adjustments > Invert)/(PC: Ctrl + I, Mac: Cmd + I).


7. Pilih 'Gaussian Blur'. (Filter > Blur > Gaussian Blur).


8. Ubah radius sehingga imej hampir menjadi kesan pensil dan klik 'OK'.


9. Kemudian, untuk menambah kepekatan gambar, pergi ke butang 'Create new fill or adjustment layer' dan pilih 'Levels'.


10. Alihkan sedikit penanda berwarna hitam ke arah kanan.


11. Jika ada bahagian yang anda ingin kurangkan kepekatan warnanya, pilih 'Brush Tool' dan setkan saiz: 400 px dan opacity: 40%. Gosok pada tempat yang anda ingin kurangkan kepekatan warnanya.


12. Untuk padamkan beberapa kawasan pada gambar, tekan PC: Shift + Ctrl + Alt + E, Mac: Shift + Cmd + Opt + E supaya imej terkini muncul pada layer baru, Layer 2. Kemudian klik pada 'Switch Foreground and Background colours' atau tekan 'X'. Setkan saiz: 50 px dan opacity: 100%. Gosokkan pada tempat yang anda tidak mahu.


13. Siap!


Contoh lain:



No comments:

Post a Comment